Saturday 12 November 2016

Welcome back Food Lovers!


Today sis nak buat review some of places yang provide interesting food dekat area Kuala Lumpur. Jadi you all boleh try pergi sana and don't forget to bring your beloved one baru syok.

# 1.Restaurant Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang 
terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama.Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini.Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera. 


 Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain.Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan. 




#2.Satay Willy terletak di sungai ramal Food Junction,Kajang.Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang. Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun di Sungai Ramal Food Junction, terdapat Satay Willy yang semakin mencipta nama.

Beroperasi bermula sebelah petang, barisan beratur akan mula panjang selepas jam 6 petang dan mencapai kemuncak pada jam 8 malam. Sate yang dihidangkan di sini sangat ‘juicy’ dan lembut dan begitu mudah memikat selera siapa saja yang merasainya.  Dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada 70 sen, ia pastinya berbaloi.





4 comments: