Saturday 12 November 2016




  Assalamualaikum semua :)


Okay hari ni hakak tak ada mood sangat nak tulis blog, so sis wanna share video ais krim gulung yang tengah hot dipasaran (tatabahasa buang tepi jap hehe).Actually ais krim ni pada mulanya popular di thailand tapi sekarang dekat Malaysia pun dah ada.Jadi tak payahlah kita nak susah payah pergi thailand semata-mata nak makan Ais Krim gulung tu. Kepada Food Lovers yang tak tahu ais krim gulung tu macam mana rupanya,sis provide video dekat bawah ya. Selamat Menonton!!


Welcome back Food Lovers!


Today sis nak buat review some of places yang provide interesting food dekat area Kuala Lumpur. Jadi you all boleh try pergi sana and don't forget to bring your beloved one baru syok.

# 1.Restaurant Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang 
terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama.Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini.Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera. 


 Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain.Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan. 




#2.Satay Willy terletak di sungai ramal Food Junction,Kajang.Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang. Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun di Sungai Ramal Food Junction, terdapat Satay Willy yang semakin mencipta nama.

Beroperasi bermula sebelah petang, barisan beratur akan mula panjang selepas jam 6 petang dan mencapai kemuncak pada jam 8 malam. Sate yang dihidangkan di sini sangat ‘juicy’ dan lembut dan begitu mudah memikat selera siapa saja yang merasainya.  Dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada 70 sen, ia pastinya berbaloi.





Dessertlicious

Hey Food Lover!

Welcome to my food blog especially for those who likes to eatttttt..Okay, first and foremost let me introduce myself.My name is Nur Aishah and I'm Johorean.Haaa siapa kat sini orang Johor raise up your hand please (hehehe).Now I'm studying at UPSI and I'm from Faculty Science and Mathematic (bangga sekejap) hehehe. Aishah memang suka sangat bab-bab makan ni tapi disebabkan masa tak mengizinkan,tak dapat la nak try makan makanan yang trending sekarang ni.Serious terliur kot  tengok (arghhhhh!!!). Tak tau la nak cakap apa lagi~~hehehehehe...Okay back to our topic.Dekat sini I'll try to post on how to make frozen s'mores so boleh la you guys buat sendiri and don't forget to comment down below okay? 😁 

*sorry sis first time buat blog (saya budak baru belajar)